~ Life Lessons Through Love,Strength,Hard Work,Friendship and Hope ~

Saturday 28 July 2012

SEKADAR PERINGATAN BERSAMA




Lebih dari 350 judul buku menceritakan mengenai dunia akan berakhir pada tahun 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang diramalkan akan berlaku Kiamat. Khabaran ini dapat dilihat dari cerita fisyen sains yang berjudul 2012 arahan Roland Emmerich yang telah memulakan pengambaran pada bulan Ogos 2008 di Vancouver. Kebanyakkan cerita-cerita ini berpunca dari ahli astronomi dan agamawan. Realiti yang berlaku sekarang seolah-olah memberitahu kita bahawa dunia sudah hampir kepada penamatnya, dengan berlakunya gempa bumi dan tsunami yang hebat di Jepun baru-baru ini.

Bagi segelintir umat Islam pula, kedatangan Ramadhan 2012 merupakan titik-titk bermulanya tanda Kiamat besar. Mereka percaya bahawa peristiwa itu akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan 2012 pada hari Jumaat. Kepercayaan ini timbul dari beberapa riwayat yang menceritakan tentang akan kedengaran “suara jeritan yang kuat” pada bulan Ramadhan. Salah satu riwayat yang popular dikatakan riwayat dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا كان صيحة في رمضان فإنها تكون معمعة في شوال وتميز القبائل في ذي القعدة وتسفك الدماء في ذي الحجة والمحرم وما المحرم يقولها ثلاثا هيهات هيهات يقتل الناس فيها هرجا هرجا قال قلنا وما الصيحة يا رسول الله قال هذه تكون في نصف من رمضان يوم جمعة ضحى وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة توقظ النائم وتقعد القائم وتخرج العوائق من خدورهن في ليلة جمعة سنة كثيرة الزلازل والبرد فإذا وافق رمضان في تلك السنة ليلة جمعة فإذا صليتم الفجر يوم جمعة في النصف من رمضان فادخلوا بيوتكم وسددوا كواكم ودثروا أنفسكم وسدوا آذانكم فإذا أحسستم بالصيحة فخروا لله سجدا وقولوا سبحان القدوس سبحان القدوس ربنا القدوس فإنه من فعل ذلك نجا ومن ترك هلك .
“Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). “barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah” [Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]
Riwayat ini membicarakan bahawa peristiwa ini akan berlaku pada hari Jumaat di pertengahan bulan Ramadhan. Menurut kalendar, hari Jumaat 15 Ramadhan dijangka jatuh pada tarikh 3 Ogos 2012.
Tahun 2012 juga menurut kalendar kaum Maya dan terbongkarnya kod rahsia didalam kitab Injil Perjanjian lama mengatakan dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012. Menurut kaum Maya, bumi akan berdepan dengan satu malapetaka yang amat besar yang menyebabkan kehancurannya pada tahun 2012, dan ia akan muncul semula selepasnya.
Pada tahun 1994 , sekumpulan penyelidik dikatakan telah menemukan kod rahsia dari Kitab Injil Perjanjian Lama yang mengatakan bahawa bumi akan menghadapi kehancuran, dimana akan berlakunya perlanggaran asteroid dengan bumi.
Ada juga dikalangan astrologi yang mempercayai bahawa PlanetX atau Nibiru akan memberi kesan yang hebat kepada bumi, Tidak akan berlaku perlanggaran diantara bumi dan Nibiru, akan tetapi planet ini mempunyai kuasa magnetik kuat yang boleh mengganggu stabiliti bumi apabila ia berada berdekatan dengan bumi.

Komentar terhadap hadith
Hadith diatas tadi (mengenai peristiwa hari Jumaat 15 Ramadhan) ini dikeluarkan oleh Nuaim bin Hammad didalam kitab al-Fitan, dimana sanadnya ada seorang yang bernama Ibn Lahee’ah yang sangat buruk ingatannya. Terdapat juga didalam sanad tersebut Abdul Wahhab yang dikatakan majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar dan al-Hakim (Lisan al-Mizan). Terdapat juga didalam sanad tersebut individu yang bernama Muhammad bin Thabit al-Banaani yang dianggap lemah oleh Ibn Hibban dan Ibn ‘Adi.
Menurut Shiekh Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, hadith ini lemah dan terdapat didalamnya orang-orang yang diragui, dan kita tidak boleh bergantung kepada riwayat tersebut. Hadith yang dinyatakan diatas menurut Dr Salman Audah, didalam ruangan fatwanya di islamtoday (2009), kesemua hadith-hadith yang menceritakan tetang suara jeritan yang kuat pada pertengahan Ramadan statusnya Sangat Lemah (Dhaef Jiddan) dan Palsu (Maudu’). Menurut al-Zahabi didalam Kitabnya Siar A’lam Nubala’, hadith ini Palsu, dan matannya (isi kandungan) pelik (gharib) dan tidak boleh digunakan untuk berhujah. Ibn al-Jawzi juga menghimpunkan riwayat ini didalam kitab al-Maudhuaatnya sebagai status Palsu.
Secara teknikal didalam ilmu hadith, riwayat diatas tidak boleh dijadikan sandaran, kerana statusnya samada sangat lemah atau palsu. Hadith ini tidak boleh digunakan untuk menjadi kayu ukur mengenai tarikh berlakunya kiamat.

Menafikan teori kalendar Maya dan planet Nibiru
Menurut seorang pakar pengkaji kaum Maya, Mark Van Stone, tidak ada sebarang petunjuk didalam kaum Maya atau Aztec yang mencadangkan wujudnya perubahan apa-apa pada tahun 2012. Menurut Susan Milbrath, kurator Seni dan Arkib Amerika Latin yang berpusat di Muzium Florida berkata : Kami tidak mempunyai rekod atau maklumat bahawa puak Maya boleh berfikir yang dunia akan tamat pada tahun 2012. Sandra Noble, Pengarah Eksekutif Yayasan Kajian Mesoamerican, mengatakan bahawa perkara ini adalah satu fabrikasi dan menjadi peluang untuk orang menjana duit. Menurut pihak NASA, malahan 21 Disember 2012 tidak wujud didalam calendar Maya.

Pihak NASA juga mengatakan bahawa tidak ada tanda-tanda planet akan terkeluar dari paksinya sekurang-kurangnya untuk beberapa dekad yang akan datang. Bumi tidak mungkin akan keluar dari orbitnya pada tahun 2012. Memang setiap tahun Bumi dan Matahari menyelaraskan (align) kearah kedudukan tengah Galaksi Milky Way, akan tetapi ini merupakan kejadian tahunan yang tidak memberi kesan kepada apa-apa..
Mengenai apakah benar-benar Planet X atau Nibiru wujud? Pihak NASA mengatakan bahawa ini merupakan penipuan internet. Tidak ada dasar kenyataan mereka. Jika benar Planet X benar wujud dan menuju kearah bumi pada tahun 2012, maka sudah tentu ramai para astronomi sudah mengenal pasti planet ini dan planet itu sendiri dapat dilhat dengan mata kasar kerana tahun 2012 akan muncul tidak lama lagi.
Fenomena ini juga dikaitkan dengan kalendar Maya ini. Pernah Mei 2003 dikatakan kiamat akan berlaku, namun tidak berlaku apa-apa dan tarikh itu telah dipindahkan ke 2012.

Sikap orang Islam
Jika kita di tanya dengan soalan bilakah akan berlaku kiamat? Katakan : hanya Allah yang mengetahui. Sains tidak mungkin dapat menjangka dengan tepat bilakah akan berlaku kiamat. Firman Allah swt :-
إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى. فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَنْ لَا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَى.
“Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta dia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.” [surah Taha : 15 - 16].

Banyak sekali petanda-petanda yang menunjukkan hari Kiamat akan berlaku, akan tetapi tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ramalan-ramalan yang didapati di internet yang menunjukkan 2012 akan berlaku kiamat adalah sama sahaja seperti ramalan kiamat yang sepatutnya berlaku pada tahun 2000 dan jelas tiada apa pun terjadi. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah swt sahaja yang tahu bilakah masanya. Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya? Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” [surah al-'Araaf : 187].

Bagi kita yang beriman dengan apa yang Allah turunkan (al-Quran), seharusnya kita tidak mudah mempercayai berita-berita yang tersebar diinternet. Mungkin ada yang bertanya, bukankah realitinya banyak sekali berlakunya gempa bumi disana-sini dan baru-baru ini dunia dikejutkan oleh tsunami yang berlaku di Jepun, bukankah itu petanda kiamat? Benar, Islam mengajar kita akan alamat-alamat kiamat, sehinggalah turunnya nabi Isa as. Pokok persoalan yang dibincang adalah penetapan tarikh kiamat. Malah, kematian Nabi Muhammad :saw itu sendiri menandakan bumi sudah sampai penghujungnya. Baginda adalah penutup segala Nabi, dan sudah tentu kematian baginda menandakan bila-bila masa akan berlaku kiamat.
#sumber dari:www.gilerkentang.com

DAN.....INILAH KEPUTUSANKU,MUKTAMAD!!!



Assalamualaikum dan dan Salam Jumaat,

orait,kali ni i nk btau yg i dah ada keputusan muktamad berkenaan dgn samada i g UNIMAS yg ditawarkn tu untuk i further mydegree.Keputusan yg telah di wat setelah habis pkr then discussion with parent,dengan ini i memutuskan untuk tidak  pergi..uhuhuuu. i da habis pkr da ni..xleh nk pkr ag cz da nk botak pale ni abis rambut bnyk gugur duk pikiaq pasai ni ja!hukhuk..xmoh pkr da,dan ia muktamad!hehe...anyway reason i xnk g ni bkn cz i xnk sambung bljar ag just because i've decided nk wat PJJ je...sambil bkerja.kebetulan lak i da ada keje skgkn,so far everything ok then UNIMAS tu terlalu jauh bg i...da le sblm ni i wat diploma pun jauh kt utara tu  kt perlis tu ha then now dpt kt sarawak lak ai...so NO la jwpnnyakan!huhu...so skg i da tolak tawaran tu,n nasib la i berjaya pujuk ayah i klu x mengamuk dy oiiiii..uhuhuhuhh,i mmg pandai bodek n pujuk org ni!hahaha...hurm,i ingt nk wt PJJ kt dlm universiti kt Melaka ni je,n antara option yg i ada ialah OUM cwngn Melaka. kat ctu bnyk course i ada..tp mhl ckit la kn tp yg pntg sijil ye di iktiraf kerajaan,sooo indeed!wink...hehe plg lmbt dlm tahun depan la kot i wat PJJ plg cepat bulan september ni. xpe,asalkan kte ada niat nk smbung bljr ag so kt mn2 pun ok cm mampu ngn x je...huhu wat la yg terbaik untuk ms depan n diri kte.muahx bye!

Friday 13 July 2012

OK! ADAKAH MASA DEPANKU DI SINI??


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA
SESI AKADEMIK 2012/2013
LEPASAN STPM/SETARAF


NO. KAD PENGENALAN/MYKAD:880705045224
NAMA:NURIZAH BINTI YAHYA

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM:WE10 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN:IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PEMASARAN)
:UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
URL SURAT TAWARAN:http://www.unimas.my/kemasukan/tawaran
CATATAN : Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui laman web IPTA mulai 16 Julai 2012 (Isnin)dan Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 22 Julai 2012.

Sumber:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia



Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia.
powered byCICT, UTM


Assalamualaikum..

Anda nampak ap yg i nmpak kt sini??huwarghh...adakah ini bermakna sesuatu untuk i?...ok!pertama skali alhamdulillah coz i dpt smbung dgree akhirnya, masa yg d tggu selama ni tiba jgk...tp tgk tu xbersyukur pulak i ni kan,da dpt pun msh nk ada tapi ag!hum..Apa yg tapinya cik izah oii???ha..tgk da mula la i brckp sorg2,eh tp i msh waras ag ek,jgn pkr mcm2!huhuhu....korg nmpk x i dpt universiti mana tu?ha..tu yg pnyebabnya ada tapi,uwaaaaa...acaner ni??jauh sngt le pulop!mak i da sound direct ckp xyah pergi..tp lum ag dgr sound direct  dr big bos umah i,sp ag my daddy le..hokhokhok.Ok my sista lak ckp 50/50,kjap suoh g kjap cam x,kjap ada tapi!hahaha..cam i jgk le bnyk ngn tapinya..
Hurm,penentunya t tgk la mlm ni acaner tp msh di consider ag sblm kne bg jawapan 22/7/2012 ni.Damn!If ikut i,hum i pun 50/50 gak..coz jauh sngt  t mst xdpt slalu lek..kne nek flightkn mn leh slalu..klu bas len la..huhu why why why!Damn..hehe xpe la apa2 pun tggu dan lihat je la k apa keputusan yg akan diambil t..weeee muahx,bye!

Friday 6 July 2012

IT'S MY BIRTHDAY TODAY~5/7/1988

Assalamualaikum,(^_^)

Salam Nisfu Syaaban pd suma....hari ni 5/7/2012(khamis) bersamaan dgn hari nisfu syaaban yg mulia dan diberkati jugak jatuh pd tarikh hari lahir i 5/7/1988.Alhamdulillah,syukur i masih berkesempatan untuk menikmati kehidupan dgn kedatangan tahun baru dan buku baru untuk menulis amalan yg i akan wat bermula dari slps magrib malam td!tapi yg ralatnya,i tak berkesempatan untuk lakukan amal ibadah mlm td coz i terlantar ats katil akibat demam...sungguh ralat bile xdpt bgn untuk mengerjakan ibadat,hanya sempat membaca doa akhir tahun dan awl tahun,bacaan surah yasin lgsg tidak berkesempatan!.Ada kwn kata bertuah i bufday i sm ngn hari nisfu syaaban..tp lagi  bertuah klu i dpt wat ibadat yg bnyk mlm td,moga Allah memberi rahmat dan rezeki serta mengampuni dosa2 silam yg telah i wat.Walaupun demam,tp i kuatkan diri untuk g kje rini selagi mampu berjalan cz mlm td lgsg xlarat nk bangun,jd arini dpt la tenaga ckit untuk g keje..huhu.Hurm da last year my parent celebrate mybirthday with a cake n some durians,haha..ayah i blikan durian coz  dy tau i ni mmg sk mkn durian!weeee.....this year x tau la sambut ke x,hehe..if ikutkan bufday i sblm last yearnya da lm x celebrate pun mula dari i masuk skolah menengah trus x celebrate ag,huhuhu...sadiskan!xpe la...atleast ada yg nk wish n doakan kesejahteraan i pun ok bg i,ckp happy da..ehe..muahx,bye!


+

| |

Monday 2 July 2012

SESUNGGUHNYA AKU REDHA

Assalamualaikum (",)

Sedar x sedar kte da msk bulan 7 kan....hum,bulan 7 bnyk nostalgia untuk i!mcm2 special date ada dalam bulan Julai ni. Korg ada?haha...bgs la klu ada,erm permulaan bulan 7 ni je da jadikan permulaan yg buruk untuk i!xpe la,walau ap pun yg terjadi i redha n kuatkan semangat.Mungkin ni dugaan hidup i yg kne hadapi sedikit sbnyk...apa2 pun alhamdulillah i masih ag d beri nikmat dan kesempatan untuk brnafas ag di dunia ini.Sejak kebelakangan ni ramai yg tegur i mn mghilang,nape senyap je tibe2n nape cm x ok je,actually i x hilang mn pun..ada je sentiasa on9 u olls,hehe...maybe cz i on9 thru fon so korg xbp nk pasankan,i mntk maaf yg mn i xdpt nk reply or chat sngt,i bkn lupakn korg just i need some space for myself!.Sjak balik dari kl last week my mood tbe2 down,i felt something uncomfort but x tau apa dy.Hum,but lepas hari semalam bru i tau nape,tp i xtau nk describe cmne kt entry ni...sangat sedih,nak2 ble prob tu berkait ngn ahli kluarga i.Sampai skg i teringat2 kata2 mereka kt i.Nape orang selalu nmpk keburukkan kte tp xpnh nmpk kebaikkan yg kte ada wat?btol ke if org tu berduit lebih ckit or life sng ckit dr kte ke,konon dy yg bnyk mmbantu dr kte,dy lbh berkuasa n ada hak untuk berckp sesuka ati kt org lain?korang pnh x di pandang rendah oleh ahli kluarga korang sndri?i nk cite lbh pun xleh cz leh mendatangkan aib kluarga i jgk!apa yg leh i cite kt cni just simple story..no details,sori guys...dari dlu smpai skg dorg xpnh berubah rupenya,mrk brckp sesuka ati tanpa mghiraukan perasaan i!tp demi kluarga n gase hormat i hanya mampu menangis sndrian...sampai ble dorg nk wt i cmni dari smpai skg i bersabar,n xpnh ilg gase hormat krn mrk org yg i syg...sdegil2 i,i ikut ap je yg dorg suoh..d sebabkn ada pgkt,wang n lbh tua dr i dorg mmbrukkn i sesuka ati...cmni la kisah idup i sbnrnya!disebalik keceriaan i tersimpan seribu kesedihan tanpa siapa pun tau...