~ Life Lessons Through Love,Strength,Hard Work,Friendship and Hope ~

Wednesday 24 July 2013

RESEPI RAINBOW CUP CAKE

Assalam....selamat hari rabu,hehe...okies izah nk share ngn awk semua homemade cup cakes yg izah buat malam tadi. tudiaaaa..punyelah semangat,semalam amik resepi, semalam juga g beli bahan2 untuk buatnya...then malam siapkan misi membuat rainbow cup cakes ni..fuhhh!menjadi...hehe,tp izah wat simple je untuk makan2 ngn family je, buat pun dalam kuantiti yg ckit je. bile siap, tiba kt anak buah,dorg suka mmg suka tp dorg suka mam cream ats ye je...hehe budak2 biasalah tp kdg org besar pn cmtu..haha kan!
lepas ni izah bercadang nk buat cheese tart plak, was thinking of blueberry cheese tart. sapa nk dtg raya umah..hee,raya t izah wat cup cake untk hidangan raya.wat kelainan ckit. asik sama je tiap tahun,klu x kuih raya, rendang tu dua je la..huhu..

orait, jom cuba resepi rainbow cup cakes ni, sangatlah mudahnya jah oii!...

Bahan bahan:
110gm butter - mesti lembut, bukan cair
110gm self-raising flour
110gm gula kaster
1 sk baking powder
1/2 sk garam
2 biji telur 
1 sk vanilla extract
Pewarna yang disukai - guna gel

Cara cara:
Panaskan oven pada 160C dan sediakan loyang muffin dan cawan kertas.
Ayak bersama tepung, baking powder, garam dan gula kaster ke dalam mixing bowl. Masukkan telur, butter dan vanilla.

Pukul sehingga ringan dan gebu. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna yang disukai.

Isikan 2/3 penuh cawan dan bakar selama 12-15 minit atau sehingga masak. Kami bakar selama 25 minit.

Buttercream Icing
Untuk: 24 cupcakes

200gm butter - mesti  lembut
450gm gula icing – ayak 
2 sb jus lemon – atau secukup rasa
sprinkles 100′s and 1000′s

Cara cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali sprinkles ke dalam mixing bowl dan putar sehingga ringan dan gebu.

Masukkan ke dalam piping bag dan paip atas cupcake yang telah disejukkan. Akhir sekali, hias dengan sprinkles.

Nota:
Jika tidak terus digunakan, tutup dengan tuala lembab untuk mengelakkan ianya mengering.

Jika selepas diputar, ianya tidak licin sebati, masukkan 1 atau 2 sudu besar air mendidih. 









kredit to: azie kitchen

Friday 19 July 2013

KAIN COTTON VIETNAM #1th

Assalam...kali ni update paling latest iaitu kain cotton vietnam yang diimport dari vietnam dan 100% cotton. terdapat pelbagai corak yang menarik dan eksklusif. corak yang boleh digandingkan dengan corak yg lain untuk membuat sepasang baju gojes anda. datang dengan material original cotton, 4 meter.okies..sila lihat2, usha2 n jika berminat boleh order atau book dgn izah dulu..

STOK ADALAH TERHAD!

RM90 FREE POSTAGE

material : 100% cotton

for purchase; pm/sms/contact at 0176946653 (izah).

untuk booking: RM50 1 jenis kain, slpas book jika tak jadi ambil, deposit anda dikira burn kpd kami.harap maklum.























BAJU KURUNG PAHANG TAK BERMANIK BATCH#7th

Assalam...salam ramadhan semua

BAJU KURUNG COTTON YANG BERKUALITI, JENIS KAIN DARI ENGLISH COTTON DAN JAPANESE COTTON.

SILA DAPATKAN SEGERA, STOK TERHAD!!

RM90 TERMASUK POS

p/s:-baju saiz SS-XXXL available.
      -labuh baju standard saiz 38-39, labuh kain standard saiz 41.

Sila lihat jadual ukuran baju yang telah disediakan terlebih dahulu sebelum order dibuat.

for fast reply pls pm/sms/whatsapp:0176946653(izah).