~ Life Lessons Through Love,Strength,Hard Work,Friendship and Hope ~

Friday 30 August 2013

BLUEBERRY CUP CAKE

Assalam...selamat bekerja,sambil bkerja tu jom tengok2 entry izah..hehe..okies today nk share about resepi cup cake yg izah buat sabtu lepas ritu!simple je cup cake tp cream ye meriah ckit cm kt gambar tu..hehe just izah add on jem blueberry pd cake ye untk penambah rasa lagi...cream ye lak manis so bg makcik n pakcik yg nk mam tu disyorkan jgn mam bbnyk ye..tp untk yg muda remaja korg nk mam ha dipersilakan..hiks!
ok...get ready for the recipe..same like b4 this punye resepi cupcake cm ad tmbh ckit je..




Bahan bahan:
110gm butter - mesti lembut, bukan cair
110gm self-raising flour / tepung gandum
110gm gula kaster
1 sk baking powder
1/2 sk garam
2 biji telur 
1 sk vanilla extract / rose extract
blueberry jem
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Panaskan oven pada 160C dan sediakan loyang muffin dan cawan kertas.
Ayak bersama tepung, baking powder, garam dan gula kaster ke dalam mixing bowl. Masukkan telur, butter dan vanilla.

Pukul sehingga ringan dan gebu. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna yang disukai.

Isikan 2/3 penuh cawan dan blueberry jem, kemudian bakar selama 12-15 minit atau sehingga masak. Kami bakar selama 25 minit.

Buttercream Icing
Untuk: 24 cupcakes

200gm butter - mesti  lembut
450gm gula icing – ayak 
2 sb jus lemon – atau secukup rasa
100′s and 1000′s / ikut kreativiti anda

Cara cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali sprinkles ke dalam mixing bowl dan putar sehingga ringan dan gebu.

Masukkan ke dalam piping bag dan paip atas cupcake yang telah disejukkan. Akhir sekali, hias dengan sprinkles.

Nota:
Jika tidak terus digunakan, tutup dengan tuala lembab untuk mengelakkan ianya mengering.

Jika selepas diputar, ianya tidak licin sebati, masukkan 1 atau 2 sudu besar air mendidih. 

No comments:

Post a Comment