~ Life Lessons Through Love,Strength,Hard Work,Friendship and Hope ~

Google+ Followers

Tuesday, 13 August 2013

RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART


Assalam readers...

my name is tumulak,i came from thailand!heh..tibe jek,haha..okok selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...izah nak share resepi cheese tart dlu wlupun dah lm wat tart ni tp bru skg brkesempatan dpt msk entry,huk!!...xpekan,hee
izah buat masa bulan puasa ritu...punyelah fokus kau,hee..okok ni resepi yg izah amik dr blog aziekitchen.terbaik resepi2 dr puan tu..sng je nk wat sndri wlu xpnh wat,n yg paling pntg menjadi lak tu..hoh,terbaik!

untuk permulaan,bolehlahkan..hee


Blueberries Cheese Tarts

Menghasilkan: 24 biji 

Pastri:
100 gram butter (salted)
75 gram gula halus
200 gram tepung gandum
1 biji telur 
1/2 sk esen vanila

Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.  Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh.

Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris. 
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling. 

Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.

Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

Cream Cheese Filling:
250gram cream cheese- lembut
20gram butter (salted)- lembut
60 gram gula kaster
1 biji telur 

Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.

Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.

Buat pattern dengan melorek menggunakan toothpick. Bakar pada suhu 160C selama 10 minit
Angkat dan boleh dihidangkan.  Sedap dimakan sejuk, jadi boleh di simpan di dalam peti sejuk seketika.

Nota
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai  ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.

Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust.

Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.


credit to;aziekitchen



No comments:

Post a Comment