~ Life Lessons Through Love,Strength,Hard Work,Friendship and Hope ~

Saturday 4 August 2012

AMALAN BERSEDEKAH DIBULAN RAMADHAN

Assalamualaikum,Salam Jumaat yg mulia...(^ ^,)/
Syukur alhamdulillah kte masih lagi diberi nafas untuk menikmati bulan ramadhan yg mulia ni.Bila diberi kesempatan ni marilah kte bersama2 melakukan ibadat amal jariah dengan ikhlas dan bersungguh2,pasang niat dgn betol dan ikhlas dalam mengerjakan segala ibadat dan kebaikkan kerana dibulan ramadhan yg mulia ni,segala ibadat dan kebaikkan yg korg wat akan mendapat pahala dan rahmat yg besar dan rezeki yg melimpah ruah,oleh itu jgn la ada sifat kedekut dlm ati kte ni...belajar la jadi pemurah,insya'allah besar ganjarannya untuk mereka yg pemurah ni.



Entry kali ni i nak share korg mengenai amalan bersedekah,sebenarnya xperlu nk tggu bulan ramadhan bru nk wat suma ni..bkn ramadhan pun seeloknya diamalkan krn itu la slh satu pintu rezeki kte.Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan.Terdapat jugak fadhilat sedekah yg menerangkan kelebihan bersedekah seperti:-

*Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berterang-terangan itu pengadang neraka. (Al-Hadith)

 *Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
· Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .
· Lima di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga                  (Al-Hadith)
 Sabda Uswah Hasanah kita,

"Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)"[Rawahu Bukhari]

Ringan ringankanlah tangan kita untuk memberi.Dan sentiasalah mengikhlaskan niat kita.Mudah mudahan kita berniatkan untuk mencari ridho Allah.Bukan untuk penilaian manusia.Antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak adalah mereka yang bersedekah,hingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.

No comments:

Post a Comment