~ Life Lessons Through Love,Strength,Hard Work,Friendship and Hope ~

Sunday 25 September 2011

Jangan Percaya Berlakunya kiamat 21/12/2012

Pada november 2009 dulu2 ada keluar filem yg berjudul 2012 yg diarahkan oleh Ronald Emmerrich, filem ni dikatakan diambil dan ditafsir dari kalender puak Maya (Mayan) yang mengatakan kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. BETOL KE!!!!....meh nak bongkar rahsia di episod yang akan datang..hakhakhak!!!!... Bagi sesiapa yang pernah menonton filem ni bleh bagi bape bintang...???...ihhihi...ade perasan x simbol2 keagamaan such as kuil budha,tokong,mcam2 la semua musnah..kecuali Kaabah!!!....haa..sebbnye Ronald diberi amaran..mula2 mmg mamat sowang ni nak musnahkan Kaabah jugak dalm filemnye..tapi diberi amaran sbb nt kuar 'fatwa' kiamat kecil akn berlaku....jadi xjadi la nak hancurkan..respect mamat ni!!..

Sape 2 Puak Maya
Jom bongkar rahsia sape 2 Puak Mayan!!...Kaum Maya ni mmg pernah dikatakan tamadun yang hebat sebb puak ni mampu bina piramid,istana mewah dan mempunyai ilmu estronomi yang mendalam.Ada pkar2 sejarah kate puak ni mmpunyai ahli estronomi yang hebat sampai boleh buat kalender angkasa lepas sekitar 250M - 900M. Puak ni dah xde skrg, ade yang kate puak ni dihancurkan oleh gempa bumi yang dasyat,ribut taufan dan penyakit yang berjangkit. ade plak yang kate disebbkan keruntuhan moral kerana pemimpin bersekongkol dengn pendeta kuil pagan yang menyebabkan rakyat sengsara. Ade yang kate kaum mya ni mewah,sebaliknya tenaga rakyat marhaen dikerah sampai mereka diwajibkan meyerah sebahagian hasil pertanian bagi upacara penyembelihan... Bila pemimpin2 maya keluar, yg hmba2 ni mengusung mereka diatas tandu2 kebesaran sambil pemimpin2 ni tersenyum sombong,agkoh,bongkak dan mcm2 la. pada upacara penyembelihan plak, puak ni culik pnddk desa lain,tawan perang dan sukarelawan yang fanatik gile dijadikan korban manusia. mereka dibunuh dengan kejam, sbb bg deorag ni dengn korban manusia ni dapat mengembirakan dewa syurga,matahari,kematian dan hujan...mgsa2 korban ni dibaringkan secara telentang,ditikam dan dirobekan dada mgsa,darah terpncut kuar jntung direntap spaya msih berdenyut!!!..waaa kejam!!..mcam cerita Appocalito plak!!..hakhakhak..Sir Eric Thomson kate tamadon maya ni hancur sbb pemimpin yang kejan n biadap smpai rakyat mmberontak dan bunuh pemimpin2 dan pendeta sendiri!!..go go chaiyok!!... Sama dalam firman Allah yg tertulis dalam Al-Quran :

'"Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yg serba mewah dan senang lenang) maka itulah, tempat-tempat mereka terbiar tidak di diami orang sesudah mereka dibinasakan kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah mewarisi mereka" (Surah Al-Qasas, ayat 58)

Jangan pecaya berlakunya kiamat 21/12/2012...
Sebenarnye kalender maya ni diseleweng..kalender maya ni bertujuan untuk tahu musim2 yang berkaitan dengan aktiviti pertanian. David Marrison pegawai kanan Nasa sendiri ckap, kalender maya ni berfunsi untuk menentukan waktu bukan untuk meramal. Dalam kalender tu mana ade puak maya ni kate dunia akan kiamat pada tarikh ni,bulan ni tahun tu..cuma peringatan mase depan je..Ahli arkeologi Kanada Kathryn Reese-Tylor seorang pensyarah pn cakan kitaran kalender kaum maya ni setakat tahun 2012 je,bukannye tnjuk tarikh kiamat!!...jgn salah faham..

Ramalan kiamat yang x menjadi..
Ade byk ramalan x menjadi sebenarnye...tapi xlarat nak cerita..hahahaha...ok la ni ade skit cerita dah la..hihi
  1. Charles,paderi kristian dari America ramal kiamat berlaku dengn cara bumi akan terbakar pada 21 september 1945 pkol 5.33pagi.
  2. Maria Tsvigun, Mary Davy daripada kultus White Brotherhood mengisytiharkan diri diorg ni Nabi Isa,meramalkan dunia kiamat pada 10 november 1993.
  3. Mangapin Sibuea,paderi kristian dari indonesia dari bandung selatan indonesia yg ngaku dia 2 rasul meramalkan 10 november 2003 antara pkol 9.00am-3.00pm Nabi Isa akan turub dan membawa angota kultus itu ke syurga. last2 yang turun polis n Crisis Team Centre bawa lebih 200 org pengikut kultus ke gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelak kejadian bunuh diri bermai2... 

Yakjuj dan Makjuj  ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

    Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

    Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

    Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)



PENGAJARAN..

Bila kiamat nak berlaku..bukan urusan kita...semua urusan Allah s.w.t..jadi renung2kan dan selamt beramal...hihihi


Sumber(Armagedon 2012,Bencana Akhir Zaman,Muhammad Alexender)

Renungan Bersama
Suatu hari nanti pada bulan puasa, bintang berekor(miteor) akan menghentam bumi yang akan menyebabkan asap tebal menyelubungi bumi lebih dari setahun dan bumi akan mengalami kegelapan dan kesejukkan. Pada masa itu virus mula membiak dan menyerang manusia yang menyebabkan orang tidak beriman mengalami bengkak2,buta,pekak,sukar untuk bernafas tetapi pada orng yang beriman hanya mengalami penyakit seakan selesema sahaja kerana orng beriman sedang berpuasa maka imun badan dapat bertahan dari serang penyakit. Pda masa itu juga tulisan KAFIR tertulis pada dahi DAJJAL dan matanya buta sebelah kerana diserang virus dan asap tebal dari miteor yang menghentam bumi...( Amegandon 2010, Bencana Akhir Zaman)...Kiamat hanya akan berlaku pada orng tidak beriman shaja kerana sebelum kiamat, angin yang sungguh lembut dari Yamen akan mencabut nyawa orang2 beriman di bumi ini..dan pada masa itu...nama ALLAH tidak disebut2 lagi.....jadi mari lah kita sama2 menghafal 10 ayat terawal suruh Al-Khafi supaya Allah melindungi kita dari fitnah Dajjal!!...Wallahualam..

No comments:

Post a Comment